suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ingat kau seorang saja mengandung?” - Wanita berang disindir ibu hamil gara-gara duduk dalam LRT

Pengguna LRT sepatutnya bertimbang rasa terhadap ibu hamil. -Gambar hiasan AI

PENGGUNA pengangkutan awam sentiasa diingatkan agar peka dan mendahulukan golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas atau ibu mengandung untuk mendapatkan tempat duduk.

Namun menurut cerita wanita in, dia berdepan pengalaman kurang enak apabila ditegur secara biadab oleh seorang ibu hamil.

"Aku naik LRT. Aku duduk dekat zon merah tu sambil peluk beg atas riba. Aku penat. Kemudian, ada ibu mengandung masuk tren.

Status sebagai wanita hamil bukan lesen untuk seseorang bersikap biadab dan meminta layanan istimewa. -Gambar hiasan AI

"Dia bertentang mata dengan aku. Aku senyum tapi dia jeling. Lepas tu dia kata kerusi itu zon orang mengandung, bukannya untuk orang yang nak sedap 'lentok' dekat situ.

"Aku terus rasa tercabar. Lepas jeling, kau cakap macam tu pula. Aku pun keluarkan buku pink (Buku Rekod Kesihatan Ibu). Aku kata dekat dia, kalau nak duduk cakap saja elok-elok... jangan rasa kau seorang saja 'terpaling' mengandung," ujarnya.

Imbas wanita itu, individu berkenaan kemudian terus menunjukkan reaksi tidak berpuas hati selepas 'disekolahkan' di hadapan penumpang lain.

  • Wanita kongsi pengalaman berdepan ibu hamil biadab ketika menaiki LRT.
  • Dia dijeling dan ditegur kerana tidak memberikan tempat duduk kepada ibu berkenaan.
  • Wanita itu kemudiannya terus mengeluarkan bukti yang menununjukkan dia juga mengandung.
  • Berang dengan tindakan biadab itu, dia terus duduk di kerusinya dan tidak menghiraukan wanita berkenaan.

"Kau rasa aku nak bagi dia duduk? Memang tidaklah. Kalau awal tu dia cakap baik-baik, aku bagi je walaupun aku sendiri tengah mengandung.

"Aku tak akan bersikap pentingkan diri dengan orang yang baik. Tapi memang silaplah kau cari pasal dengan aku," luahnya lagi menerusi hantaran panjang lebar di aplikasi Threads.

Hantaran itu turut menerima pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang LRT malu, serik tawar tempat duduk kepada wanita berisi... Rupanya tak hamil, cuma perut buncit

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong dapatkan kerusi dalam LRT, wanita kecewa sikap ibu hamil terus duduk main telefon - “Ucapan terima kasih pun tiada”

"Senang-senang dia je nak marah orang. Padahal boleh je cakap elok-elok. 

"Kepada ibu mengandung, memang keselamatan awak dan bayi diutamakan. Tapi itu bukan tiket untuk jadi biadab.

"Mengandung bukan alasan untuk sindir orang. Mengandung atau tidak, setiap penumpang ada penat masing-masing," tulis netizen.

Artikel Lain