suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Janna Nick dipuji ‘green forest’, Dini Schatzmann tak mahu terlalu selesa... “Saya bukan manusia sempurna”

DIANGGAP sebagai suami mithali sehingga menerima gelaran lelaki ‘green forest’ dalam kalangan netizen, pelakon Dini Schatzmann bagaimanapun tidak terlalu mengambil serius pujian mahupun kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Dini atau Dini Azan Schatzmann, 32, dia tidak pernah mengambil komen orang ramai secara peribadi, sama ada membabitkan dirinya mahupun isterinya, pelakon dan pengacara Janna Nick.

Ujarnya, setiap individu mempunyai pandangan tersendiri dan apa yang dipaparkan di media sosial tidak semestinya menggambarkan keseluruhan kehidupan seseorang.

“Ada sahaja yang mengatakan saya ‘green forest’, mungkin ada juga yang mengatakan saya ‘red flag’. Seperti yang saya katakan, apabila orang bercakap mengenai saya atau Janna, sama ada perkara baik atau buruk, saya tidak mengambilnya secara peribadi.

“Itulah diri saya. Saya tidak mengambil komen orang terlalu peribadi, sama ada positif atau negatif kerana tiada siapa yang mengetahui keseluruhan cerita.

“Mungkin mereka melihat saya sebagai ‘green forest’ di media sosial, tetapi saya bukanlah manusia yang sempurna,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Dini mendirikan rumah tangga dengan Janna pada 10 Jun 2023.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi